Kelas Berzanji Pemuda

Assalamualaikum...
Pergerakan Pemuda Umno Caw Kampung Pudu akan mengadakan program "Kelas Berzanji" terbuka kepada pemuda-pemuda Kampung Pudu. Kelas tersebut yang akan dijadikan program bulanan akan diajarkan oleh Tuan Bilal 1 Masjid Jamek Kampung Pudu, En Talib Bin Yan.
Kelas tersebut akan bermula pada:
Tarikh : 30 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.30mlm (Selepas solat Isyak)
Tempat : Masjid Jamek Kampung Pudu

Semoga dengan adanya kelas tersebut, dapatlah para pemuda meluangkan masa untuk mempelajari dan mendalami ilmu bacaan rawi berzanji. Kita jumpa di sana.

Wabak merebak ke 16 negara

Wabak selesema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di 16 buah negara termasuk di Eropah dan Asia.

Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 orang kelmarin.

Satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat.

Perlantikan kepimpinan tertinggi Umno

Berikut merupakan senarai barisan kepimpinan UMNO yang dilantik :

Presiden : YAB Dato Seri Najib Razak
Tim. Presiden : TS Muhyiddin Yasin
SUA : DS Tg Adnan Tg Mansor
Bendahari: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
K. Penerangan : Datuk Ahmad Maslan

Ketua Perhubungan Negeri:

Perlis : DS Dr Isa Sabu
Kedah : DS Shafie Apdal
P.Pinang : DS Ahmad Zahid Hamidi
Perak: DS Dr Zambry Abd Kadir
Selangor : DS Najib Razak
W.Persekutuan: TS Muhyiddin Yasin
Melaka : DS Mohd Ali Rustam
N. Sembilan: DS Mohamad Hasan
Johor: DS Abd Ghani Othman
Pahang: DS Adnan Yakop
Terengganu: DS Hishamuddin Hussein
Kelantan : DS Mustapa Mohamed
Sabah : DS Musa Aman

Lantikan 12 MT UMNO baru :

1. Datuk Seri Dr Rais Yatim
2. Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
3. Senator Datuk Jamil Khir Baharom
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Mohd Ali Rustam
6. Tan Sri Rafidah Aziz
7. Datuk Abdul Ghani Othman
8. Datuk Seri Shahidan Kassim
9. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
10. Datuk Kamalia Ibrahim
11. Datuk Razali Ibrahim
12. Dr Wan Norashikin Wan Nordin

Senarai Penuh Menteri Kabinet

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Gotong Royong Balairaya (siri 2)



Pada 12 April 2009, satu gotong royong telah diadakan untuk memindahkan barang-barang setor balairaya ke tempat sementara serta merobohkan setor balairaya yang lama. Ini kerana setor balairaya yang baru akan dibina. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada sesiapa yang menjayakan gotong royong ini.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Pudu



Pada 10 April 2009, Satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H/ 2009M Peringkat Kampung Pudu telah diadakan di Balairaya Kampung Pudu yang Dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Pudu serta Kumpulan Yassin Wanita Kampung Pudu dan seluruh penduduk Kampung Pudu. Masjid yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penghulu Kanan Segamat, merangkap Penghulu mukim Gemas,En Ali Affendi, serta Penggerak Masjid DUN Buloh Kasap, dan juga tetamu-tetamu jemputan yang lain. Penceramah Bebas, Hj Omar Bin Abdullah, telah dijemput sebagai penceramah jemputan pada majlis ini. Terima Kasih diucapkan kepada seluruh warga penduduk kampung Pudu yang telah menjayakan majlis ini.

Pertandingan Azan


Sempena majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Pudu yang diadakan pada 10 April 2009, Pergerakan Pemuda UMNO caw telah mengadakan satu pertandingan azan tertutup kepada penduduk Kampung Pudu pada 9 April 2009 bertempat di Masjid Jamek Kampung Pudu. Pertandingan ini dibuat didalam 2 kategori (kanak-kanak=bawah 14 tahun, dewasa= 15 tahun keatas) .Terima Kasih diucapkan kepada mereka yang menjayakan program ini, terutama sekali kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Segamat merangkap Ketua UMNO Caw Kampung Pudu, Kamal Abd Rahman selaku penaja program dan sebagai penasihat. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Yang tidak bernasib baik janganlah berkecil hati. Kerana yang menang, tidak menang semua, yang kalah, tidak kalah semua.

Pertandingan Mewarna


Sempena majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Pudu yang diadakan pada 10 April 2009, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Wanita UMNO caw telah mengadakan satu pertandingan mewarna kanak-kanak tertutup kepada kanak-kanak penduduk Kampung Pudu pada 8 April 2009 bertempat di Balairaya Kampung Pudu. Pertandingan ini dibuat didalam 2 kategori (bawah 8 tahun, 9 hingga 12 tahun) .Terima Kasih diucapkan kepada mereka yang menjayakan program ini, terutama sekali kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Segamat merangkap Ketua UMNO Caw Kampung Pudu, Kamal Abd Rahman selaku penaja program dan sebagai penasihat. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Konsep Satu Malaysia

Konsep adalah intipati kepada sesuatu gagasan, idea atau pemikiran. Ia tidak boleh diketengahkan kepada masyarakat menerusi pendekatan yang adhok ataupun runcit. Ia memerlukan huraian secara jelas, padat, terperinci dan komprehensif.

Begitulah juga hakikatnya dengan Konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini. Belum sempat Najib menghuraikan konsep berkenaan secara terperinci, pihak pembangkang sudah mengeksploitasikan konsep itu kononnya sebagai sinonim dengan Malaysian Malaysia ciptaan DAP.

Pihak pembangkang tidak boleh disalahkan dalam hal ini. Najib juga tidak boleh dikatakan sebagai tersilap kerana mengketengahkan konsep itu seolah-olah dalam keadaan tergesa-gesa.

Bagaimanapun, sewajarnya pihak-pihak tertentu dalam kerajaan tampil untuk mengartikulasikan putra-minda (brainchild) Najib ini dengan seberapa segera. Pihak-pihak ini termasuklah pelbagai think-tanks, badan kajian, kelompok intelektual dan golongan akademik. Hasil pengartikulasian ini pula mesti dirujuk semula kepada Najib sebelum ianya dihebahkan kepada rakyat jelata.

Cadangan ini dikemukakan bukan kerana Najib tidak mampu untuk mendalami konsep berkenaan. Tetapi, sudah menjadi kelaziman di mana-mana bahawa konsep yang dilahirkan oleh seseorang pemimpin perlu dihalusi, dirinci dan dituntasi oleh kumpulan pemikir yang akan membantu pemimpin berkenaan mentransformasikan konsep tersebut supaya menjadi dasar dan program yang menyeluruh serta menepati matlamat teras konsep terbabit.

Tindakan ini perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan konsep ini daripada dieksploitasikan dengan lebih lanjut oleh puak-puak oportunis dan untuk mengelakkan kelompok kakak tua daripada menghuraikan konsep ini sekadar sebagai retorik semata-mata.

Sewajarnya sebelum 40 hari Najib menerajui kepimpinan negara, Konsep Satu Malaysia ini sudah boleh ditransformasikan kepada Doktrin Satu Malaysia yang menjurus kepada pelbagai aspek dasar, program dan strategi yang membabitkan perjuangan serta pengurusan kerajaan yang serasi dengan citarasa rakyat seluruhnya.

Setakat ini Najib sudah memberikan beberapa indikator dan ciri-ciri penting kepada Konsep Satu Malaysia. Semoga apa jua indikator dan ciri-ciri berkenaan, Konsep Satu Malaysia wajarlah berindukkan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020.

sumber : Kuda Kepang

Gotong Royong Balairaya/ Masjid



Pada 5 April 2009, satu gotong royong telah diadakan sejurus selepas program gaya hidup sihat dijalankan. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada sesiapa yang menjayakan gotong royong ini. untuk gambar lagi, sila dapatkan di

http://www.savefile.com/files/2067559

Kehadiran Tun Mahathir disambut luar biasa

Isnin, 6 April 2009: Lebih kurang jam 10:45 pagi tadi Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Padang PPP, Batu 2 1/2 Jalan Simpang, Bukit Gantang, Perak sebagai usaha sulung beliau turun padang berkempen untuk calon BN (Ismail Safian) setelah kembali semula menyertai UMNO pada 4 April Sabtu lalu secara rasmi.

Ketibaan Tun Dr Mahathir diberi sambutan luarbiasa oleh masyarakat pengundi Bukit Gantang. Turut kelihatan menyambut ketibaan beliau ialah para pemimpin tertinggi UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan beberapa lagi Ahli Parlimen serta ADUN Barisan Nasional.

Tun Dr Mahathir mengambil peluang menyampaikan ucapan beliau selama 40 minit yang juga turut dibuat siaran lintas langsung oleh TV1 - RTM bermula jam 11:00 pagi tadi. Beliau menyeru kepada ahli-ahli dan penyokong UMNO yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti untuk meneruskan perjuangan membela rakyat dan negara.

Kata Tun (Dr Mahathir), BN-lah sebenarnya kerajaan rakyat selama ini yang bekerja untuk kepentingan rakyat. Ucapan beliau penuh bersahaja, sinikal dan mencuit hati tetapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pengundi Bukit Gantang yang diselangi sindiran tajam menempelak ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS untuk Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin.

Tun Dr Mahathir juga menyatakan keyakinannya kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru, sambil menceritakan bagaimana suatu masa dulu bapa Presiden UMNO itu pernah menerima borang keahliannya pada awal 1970-an selepas dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. Kini anaknya pula yang menerima borang keahliannya untuk menyertai semula UMNO. Dengan nada berseloroh Tun (Dr Mahathir) menambah, "tak mungkinlah nak sampai kepada cucu pulak".

Bekas Presiden UMNO itu juga meminta rakyat agar menolak demonstrasi jalanan dengan alasan ianya tidak membawa apa-apa faedah dan tidak memberi sebarang manfaat kepada kita.

Sentuhan Tun (Dr Mahathir) di Bukit Gantang tadi diyakini kuat mampu menarik para pengundi atas pagar dan para penyokong BN yang telah berubah arah semasa pilihanraya umum ke-12 lalu. Peluang kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang dilihat lebih cerah.

Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program Gaya Hidup Sihat







Assalamualaikum..



Pada 5 April 2009 telah diadakan satu aktiviti senaman ringkas yang disertai oleh ibu-bapa, para belia dan beliawanis serta anak-anak. Dalam aktiviti tersebut, telah diadakan senaman poco-poco, senamrobik, dan sebagainya. Sambutan yang agak memberansangkan telah diterima. Terima kasih diatas kerjasama sesiapa yang terlibat. Aktiviti tersebut adalah sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental peserta. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama penduduk. Aktiviti ini akan diteruskan dan akan dijadikan aktiviti mingguan yang akan dilakukan setiap 2 minggu (ahad) dan diberi nama Program Amalan Gaya Hidup Sihat.



Pembuka Tirai

Assalamualaikum...
Selamat datang dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua di atas terdirinya blog PEMUDA PUDU ini. Ini adalah post untuk kali pertama dan kami (Pemuda Pudu) rasa sangat berbangga dengan terbitnya blog ini. Kami yakin akan mampu menjadikan blog ini sebagai blog yang meriah, padat dengan maklumat-maklumat yang tepat, platform atau tapak perjuangan bangsa dan sumber rujukan ilmu.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP