Program BTN bukan berasaskan perkauman

Datuk Seri Najib Razak menafikan program kendalian Biro Tatanegara (BTN) terlalu menekankan hak rakyat dan berasaskan perkauman sempit sehingga menyebabkan perpecahan kaum.
Perdana Menteri berkata, BTN yang ditubuhkan pada 1981, menepati objektif utama memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warga negara.
"Tidak benar sama sekali dakwaan seperti disiarkan dalam akhbar The Star pada 22 Mei lalu yang BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman sehingga menyebabkan perpecahan kaum," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) di Dewan Rakyat, semalam.
Ngeh mahu mengetahui fungsi BTN dan sejauh mana kebenaran dakwaan akhbar berkenaan. Najib berkata, pengisian program BTN memberi penekanan terhadap aspek murni dan perpaduan antara kaum, manakala modulnya banyak menyentuh perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Antara lain termasuk hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan pada masa sama penerangan hak kaum lain tidak diabaikan. "Peserta program juga diberi kebebasan menyatakan pandangan, idea serta pendirian semasa. Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan bukan Melayu kerana perkara disampaikan adalah berkaitan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Justeru, beliau berkata, setiap maklumat disampaikan kepada peserta kursus berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit, manakala elemen patriotisme diberi penekanan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan semangat cinta serta setia kepada negara.

Komen #: Pada kawan, BTN atau kursus kenegaraan perlu diberikan kepada pelatih2 PLKN atau lebih baik lagi jika diberikan kepada semua warganegara Malaysia. Agar mereka semua mengetahui tntang perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP