Ramai yang masih beranggapan tidak banyak perubahan berlaku.
Malah tempoh kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang belum pun sampai 100 hari sudah dinilai dengan pelbagai andaian.
Ini termasuklah pandangan yang terlalu ekstrim menyatakan pilihan raya ke-13 adalah penamat kepada riwayat politik UMNO daripada persada kuasa.
Agendadaily menemu bual Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (DSTA) bertanyakan perkara-perkara yang kini menjadi perbualan banyak pihak.
Soalan: Datuk Seri ramai yang beranggapan bahawa pilihan raya ke-13 akan datang merupakan penamat buat UMNO dan BN, apa pandangan Datuk Seri
DSTA: Itu semua persepsi. Orang punya persepsi menyatakan macam-macam. Saya berkeyakinan rakyat tahu bahawa BN yang bertulang belakangkan UMNO adalah sebuah parti yang memiliki kewibawaan untuk membangun negara, memberi apa yang dikehendaki oleh rakyat dan memastikan bahawa negara ini stabil dan untuk mempastikan bahawa aqidah umat Islam tidak dipesongkan kerana UMNO adalah parti Islam yang terbesar di negara ini.
Soalan: Tapi persepsi yang menyatakan pilihan raya ke-13 ini penamat buat UMNO dan BN timbul kerana ramai yang merasakan UMNO masih tidak berubah lagi.
DSTA: Apa yang UMNO tidak berubah. Macam-macam perubahan kita lakukan. Takkan kita nak ceritakan apa yang kita buat, itu kita punya strategi.
Soalan: Persepsi UMNO tidak berubah ini timbul kerana perubahan yang dibuat tidak dirasai atau dapat dilihat.
DSTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkenalkan konsep 1
Soalan: Jadi Datuk Seri yakin rakyat akan merasai semua perubahan ini.
DSTA: Pasti. Masalahnya pembangkang
Soalan: Serangan terhadap UMNO dan BN kini bukan sahaja terhadap pemimpin parti dan negara tetapi sudah sampai kepada serangan peribadi terhadap isteri pemimpin dan keluarga mereka.
DSTA: Itu buktinya mereka sudah tidak ada isu. Bagi saya mereka ini adalah cheap entertainer…pelawak murahan.
Soalan: Namun kritikan serta persepsi buruk terhadap UMNO dan BN bukan sahaja datang daripada pembangkang tetapi juga daripada kalangan ahli UMNO sendiri.
DSTA: Kalau ahli UMNO, ramai yang jadi ahli UMNO tidak tahu perjuangan. Kita sedang buat sesuatu untuk memaklumkan kepada ahli-ahli baru tentang sejarah, perjuanagn dan matlamat BN dan UMNO.
Soalan: Pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan berlangsung tidak lama lagi. Soalan ini bersifat spekulatif. Jika UMNO kalah, ai akan menjadi siri kekalahan UMNO dan BN pada pilihan raya kecil. Bagaimana UMNO hendak berdepan dengan keadaan ini.
DSTA: Saya rasa semua pihak perlu maklum bahawa empat pilihan raya kecil yang lalu adalah di tempat-tempat yang kerusinya bukan kepunyaan Barisan Nasional kecuali di Kuala Terengganu.
Di Kuala Terengganu pula ada beberapa kesilapan yang telah kita lakukan dan kita akan perbaiki kesilapan-kesilapan ini. Pembangkang pula di Kuala Terengganu telah menggunakan satu perkataan iaitu sombong. Calon sombong dan perkataan ini telah termakan oleh para pengundi di Kuala Terengganu.
Tapi hakikatnya, daripada empat pilihan raya kecil yang telah diadakan, UMNO cuma kalah di satu kerusi miliknya sebelum ini iaitu Kuala Terengganu. Manakala yang lain kita bertanding di kerusi yang bukan milik UMNO selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Di Manek Urai barangkali kita akan menang. Daripada segi keyakinan, InsyaAllah kalau tidak menang kita boleh pastikan undi yang diperolehi pembangkang akan merosot. - 23/6/2009
Sumber Agendadaily
No comments:
Post a Comment