Antara Nik Aziz, Lim Guan Eng & Anwar Ibrahim

1000 orang berkumpul di hadapan bangunan Kota Darul Naim yang merupakan pusat pentadbiran PAS Kelantan untuk mendesak Nik Aziz supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Apa keistimewaan jawatan berkenaan sehingga Nik Aziz tidak mahu meletak jawatan sebaliknya mempertahankannya sehingga ke lubang kubur! Baru sebulan Nik Aziz menerima pujian daripada pembodek dan balaci PAS tentang 'kejayaan' 19 tahun mentadbir Kelantan dan Nik Aziz menjadi antara 500 tokoh Islam terbilang di dunia, kini tiba-tiba kena strok politik.

PAS Kelantan dan PAS Pusat pula menjadi ayam makan kapur-berdiam diri dengan tindakan mereka yang mahukan Nik Aziz berundur. Ini menunjukkan PAS seolah-olah mereka menyokong 1000 orang yang mengadakan demonstrasi berkenaan.

Ke mana pergi 'khalifah' PAS seperti Mat Sabu, Makhfuz, Nasaruddin, Hussam Musa dan Takiyuddin untuk mempertahankan Nik Aziz sebagai ayahandanya? Kesian orang tua tu. Mereka jumpa Nik Aziz ketika masa senang dan tinggal orang tua bersendirian semasa mengalami kesusahan.

Kenapa pemimpin dan penyokong PAS tidak berjihad melawan puak yang mengadakan puak demo berkenaan! Jawapannya mudah, Nik Aziz kini melakukan 'jenayah mulut celupar', istilah yang baru dan tidak ada undang-undang yang akan dikenakan kepada penjenayah berkenaan.

Di Pulau Pinang, tidak sampai dua hari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kononnya mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, memijak tiga gambar ADUN Perak dari PKR dan DAP yang lompat menjadi calon bebas, kini menerima nasib yang sama seperti Nik Aziz - didesak supaya meletak jawatan. Guan Eng dituduh menipu penduduk Pulau Pinang dengan janji manisnya manakala Nik Aziz dikatakan menghina DS Najib dengan 'doa'.

Kita jangan lupa, DAP pernah berjanji akan memberi wang RM5,000 setahun kepada penduduk miskin di Pulau Pinang apabila menerajui pemerintahan nanti. Guan Eng juga berjanji akan membawa kemakmuran dan limpahan nikmat daripada pelaburan asing tetapi sebaliknya yang berlaku. Penduduk Pulau Pinang bukan sahaja diberhentikan kerja, malah kemewahan ekonomi sudah berakhir.

Manakala Boss Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim bakal menjadi 'penjenayah' apabila 2010 nanti akan dibicarakan di mahkamah atas 'kesilapan teknikal' iaitu meliwat.

Adakah Anwar Ibrahim akan menghadapi masalah yang sama seperti Lim Guan Eng dan Nik Aziz? Berbezanya, Anwar Ibrahim hanya disuruh letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sahaja.

Namun begitu, Saiful Bukhari memberitahu, 12 orang peguam bela yang handal di belakang Anwar Ibrahim pun masih berdolak-dalik mengenai perbicaraan kes liwat. Jika disabitkan kesalahan, Anwar Ibrahim akan di penjara 20 tahun.

sumber : abg mie terjah

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP