Antara Nik Aziz, Lim Guan Eng & Anwar Ibrahim
Apa keistimewaan jawatan berkenaan sehingga Nik Aziz tidak mahu meletak jawatan sebaliknya mempertahankannya sehingga ke lubang kubur! Baru sebulan Nik Aziz menerima pujian daripada pembodek dan balaci PAS tentang 'kejayaan' 19 tahun mentadbir Kelantan dan Nik Aziz menjadi antara 500 tokoh Islam terbilang di dunia, kini tiba-tiba kena strok politik.
PAS Kelantan dan PAS Pusat pula menjadi ayam makan kapur-berdiam diri dengan tindakan mereka yang mahukan Nik Aziz berundur. Ini menunjukkan PAS seolah-olah mereka menyokong 1000 orang yang mengadakan demonstrasi berkenaan.
Ke mana pergi 'khalifah' PAS seperti Mat Sabu, Makhfuz, Nasaruddin, Hussam Musa dan Takiyuddin untuk mempertahankan Nik Aziz sebagai ayahandanya? Kesian orang tua tu. Mereka jumpa Nik Aziz ketika masa senang dan tinggal orang tua bersendirian semasa mengalami kesusahan.
Kenapa pemimpin dan penyokong PAS tidak berjihad melawan puak yang mengadakan puak demo berkenaan! Jawapannya mudah, Nik Aziz kini melakukan 'jenayah mulut celupar', istilah yang baru dan tidak ada undang-undang yang akan dikenakan kepada penjenayah berkenaan.
Di Pulau Pinang, tidak sampai dua hari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kononnya mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, memijak tiga gambar ADUN Perak dari PKR dan DAP yang lompat menjadi calon bebas, kini menerima nasib yang sama seperti Nik Aziz - didesak supaya meletak jawatan. Guan Eng dituduh menipu penduduk Pulau Pinang dengan janji manisnya manakala Nik Aziz dikatakan menghina DS Najib dengan 'doa'.
Kita jangan lupa, DAP pernah berjanji akan memberi wang RM5,000 setahun kepada penduduk miskin di Pulau Pinang apabila menerajui pemerintahan nanti. Guan Eng juga berjanji akan membawa kemakmuran dan limpahan nikmat daripada pelaburan asing tetapi sebaliknya yang berlaku. Penduduk Pulau Pinang bukan sahaja diberhentikan kerja, malah kemewahan ekonomi sudah berakhir.
Manakala Boss Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim bakal menjadi 'penjenayah' apabila 2010 nanti akan dibicarakan di mahkamah atas 'kesilapan teknikal' iaitu meliwat.
Adakah Anwar Ibrahim akan menghadapi masalah yang sama seperti Lim Guan Eng dan Nik Aziz? Berbezanya, Anwar Ibrahim hanya disuruh letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sahaja.
Namun begitu, Saiful Bukhari memberitahu, 12 orang peguam bela yang handal di belakang Anwar Ibrahim pun masih berdolak-dalik mengenai perbicaraan kes liwat. Jika disabitkan kesalahan, Anwar Ibrahim akan di penjara 20 tahun.
sumber : abg mie terjah
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segamat 2009
Tarikh : 9 Ogos 2009
Tempat : Hotel VIP, Segamat
Masa : 8.00 pg
Diharapkan dapat hadir beramai-ramai ke sana.
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segamat
Tarikh : 1 Ogos 2009
Tempat : Hotel VIP, Segamat
Masa : 1.30 ptg
Diharapkan dapat hadir beramai-ramai ke sana.
Upacara Lilin : Nizar terdesak....
Bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah mengambil bahagian dalam acara menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.
Acara tersebut dikatakan lebih merupakan amalan penganut Kristian terutama mengiati si mati.
Penyertaan Nizar itu mengundang persoalan apakah seseorang yang beragama Islam wajar menyertai majlis yang mempunyai mirip kepada amalan agama lain. Sedangkan ada riwayat yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w. hanya menundukkan kepala semasa sekumpulan orang Yahudi membawa mayat lalu tidak jauh dari Baginda sebagai tanda hormat kepaa mayat.
Malah dalam menyambut acara perayaan di negara ini seperti kongsi raya, juga pernah ditegur oleh para ulama kerana dikhuatiri akan membuka ruang kepada umat Islam turut terlibat dalam amalan agama lain.
Selain itu umat Islam juga sering diingatkan bahawa mereka dilarang mengamalkan amalan atau budaya agama lain seperti setiap kali tibanya tanggal 14 Februari atau Valentine Day. Bagaimana dengan upacara memperingati kematian.
Persoalannya apakah hujah Nizar selepas ini kerana dalam era politik PAS yang semakin liberal kini terutama untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu, banyak yang sudah dikompromi termasuk membiarkan kilang arak terus beroperasi di Selangor walaupun sebelum pilihan raya dalam manifestonya menutup kilang arak adalah perjuangan PAS yang sering dilaungkan.
Kg Buah Pala : DVD bukti janji akan diedar
Penolong Setiausahanya, C. Tharmaraj berkata, rakaman yang dibuat oleh penduduk semasa kempen pilihan raya lalu itu turut dimuat turun ke laman web You Tube supaya orang ramai melihat dan mendengar sendiri semua janji yang dibuat.
Beliau berkata, mereka juga telah mencetak lebih 400 kemeja-T dan risalah mengandungi semua maklumat mengenai kampung tersebut sejajar usaha mempertahankan kampung mereka.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, pemimpin pakatan pembangkang menjadikan Kampung Buah Pala sebagai bahan kempen dengan berjanji akan mengembalikan semula hak penduduk kampung itu sekiranya memerintah negeri ini.
“Apa yang kita kesal sekali ialah keengganan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berjumpa kami semalam dengan alasan yang tidak boleh diterima langsung, seolah-olah mereka mempunyai agenda.
“Kita pun sudah tidak mahu jumpa Ketua Menteri, tunggu saja kita edar rakaman DVD itu ke seluruh negara, biar semua tahu apa sebenarnya dijanjikan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, sekumpulan 20 penduduk Kampung Buah Pala kecewa apabila pertemuan dengan Ketua Menteri yang ditunggu-tunggu sejak seminggu lalu gagal menyelesaikan masalah mereka.
Mereka yang tiba di Komtar kira-kira pukul 10.30 pagi terkejut apabila dimaklumkan oleh wakil Guan Eng bahawa hanya lima orang sahaja dibenarkan ke pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 bangunan itu.
PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.
Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.
Awang Selamat: Melayu sudah diambang kejatuhan...
"Bayangkan nasib Melayu nanti," tulisnya dalam kolum tetapnya dalam Mingguan Malaysia, Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat.
Awang Selamat mendakwa, belum lagi berkuasa, mereka (DAP dan PKR) sudah rakus melumpuhkan struktur Melayu.
"Apabila mereka berkuasa, jangan terkejut - Melayu akan kembali dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi," tulisnya.
Menurutnya, sememangnya makin kuat kebimbangan masyarakat Melayu terhadap percaturan politik pembangkang, khususnya DAP, yang menurutnya dibantu oleh PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim "untuk memecahkan asas kenegaraan dan realiti sejarah di negara ini kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan".
Lebih menyedihkan lagi, tulisnya, perjuangan DAP mendapat simpati pemimpin PAS, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menurutnya lebih percayakan DAP berbanding parti Islam yang lain.
"...kerana beliau mudah tertipu atau sengaja merelakan dirinya tertipu demi mempertahankan ego politiknya," tulisnya lagi.
Menurut Awang Selamat lagi, banyak lagi perkara yang beliau bimbangkan, terutama institusi raja yang kini didakwanya sentiasa diperlekehkan.
"Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula Perlembagaan negara. Apa maknanya ini semua?" soalnya.
Katanya, selagi orang Melayu tidak sedar dan tidak bangkit bersatu menghalang percaturan berbahaya ini, "selagi itulah kita melihat makin banyak perkembangan yang menghakiskan kepentingan Melayu'.