Zambry kekal MB Perak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Pemuda Umno Anjur Kursus Pendidikan Politik
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kursus berasaskan modul baru yang kini hampir siap digubal, dijangka dapat dimulakan pada hujung bulan depan.
"Kursus ini penting sebab saya telah menggubal satu modul baru yang tidak mengikut 100 peratus modul lama yang tidak hanya berpaksikan kepada sejarah apa yang Umno buat dulu tetapi sebenarnya melihat ke depan apa cabaran dan kemahiran yang perlu ada untuk menangani masalah masa depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Melaka di sini, hari ini.
Khairy berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan kursus seumpamanya secara besar-besaran melibatkan kesemua Ketua Pemuda Umno bahagian di seluruh negara.
Beliau berkata setiap Pemuda Umno negeri diminta segera merangka dan melaksanakan program untuk mendekati generasi muda yang pertama kali akan mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Katanya pemuda Umno perlu menggubal program dan aktiviti lebih relevan kepada generasi muda dengan cara mengemaskini pendekatan yang digunakan selama ini.
"Saya nampak setelah saya pergi ke setiap negeri, saya nampak banyak program yang kita telah buat selama ini ia tidak relevan bagi generasi muda, ia relevan bagi generasi lama.
"Kita masih lagi buat program yang sesuai dan relevan dengan zaman dulu tetapi bukan untuk zaman celik IT (teknologi maklumat) yang mereka mendapat maklumat melalui laman blog, facebook dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Mesyuarat Agung Pemuda UMNO caw
Ucapan Ketua Pemuda:
Click Sini
Kes pertama flu H1N1 di Malaysia
"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan
positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan
pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan di
Malaysia."
Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.
Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.
Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.
Menurut kenyataan itu lagi, kementeria meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian.
Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah.
Kes terkumpul sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan
laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.
Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).
Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.
WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di
Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa.
Sumber : Malaysiakini
Rahsia Bulan Kelahiran
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Zambry berjaya tangguh keputusan mahkamah
10,200 kerja menanti siswazah
PUTRAJAYA 11 Mei - Lebih 10,200 peluang pekerjaan menanti para siswazah pada Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama tiga hari bermula pada 15 Mei ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, karnival anjuran kementeriannya itu sehingga kini menarik penyertaan lebih 600 syarikat termasuk 100 buah yang telah menawarkan pelbagai peluang pekerjaan.
Menurutnya, karnival itu bertujuan membuka peluang kepada para siswazah mencari pekerjaan serta peluang untuk meningkatkan pencapaian diri selain memberi ruang kepada syarikat-syarikat berkenaan mencari pekerja yang menepati kriteria industri mereka.
"Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sesi temu duga, ceramah kerjaya dan keusahawanan oleh pakar-pakar dan tokoh dalam pelbagai bidang selain klinik resume,'' katanya.
Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian pada karnival tersebut terdiri daripada 14 cabang industri seperti teknologi maklumat; pentadbiran dan sumber manusia; minyak dan gas; keusahawanan; pelancongan; pembinaan dan juga agensi pekerjaan.
Antaranya ialah AirAsia Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd, Malaysian Airlines, Petronas, Public Bank Bhd, Scomi Group Berhad, Sime Darby Berhad dan UEM Land Holdings Berhad.
"Kami berharap para siswazah akan merebut peluang dengan mengunjungi karnival ini bagi meninjau sendiri potensi kerja yang ditawarkan,'' tegasnya.
Menurut beliau, para siswazah juga boleh mencari ruang untuk terlibat dalam bidang keusahawanan kerana karnival itu turut disertai agensi pembiayaan keusahawanan.
Bagi memudahkan proses sewaktu karnival berlangsung, para siswazah boleh mendaftar secara online menerusi laman web www.mohe.gov.my dan hanya perlu membawa salinan resume sewaktu mengunjungi ruang pameran kerjaya.
Pendaftaran awal dengan resume yang lengkap akan memudahkan sesi temu duga di ruang pameran syarikat yang menjadi pilihan siswazah.
Sementara itu, sesuai dengan imej profesional, semua pengunjung karnival kerjaya dan keusahawanan terbesar di Malaysia itu diminta hadir dengan berpakaian kemas dan berketrampilan menarik.
Sumber - Utusan
PM: Bertenang, jangan terlalu teruja...
"Kita akan selesai segala masalah," kata Najib ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tersebut.
Sesuai dengan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah, Barisan Nasional (BN) sebenarnya bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan tersebut.
Ini kerana dalam penghakiman yang disampaikan oleh Hakim, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim secara jelas menyebut bahawa jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Malah beliau berkata, Nizar bukan sahaja tidak meletakkan jawatannya tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Menurut beliau, jika Barisan Nasional (BN) telah memperolehi sokongan majoriti ADUN, BN seharusnya memohon perkenan Sultan Perak untuk diadakan sidang khas bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Nizar dibuat.
“Memang pemohon (Nizar – berdasarkan perkembangan yang berlaku di Perak) telah hilang majoriti tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadap Nizar di DUN. Mana-mana Menteri Besar yang telah dilantik, beliau hanya bertanggungjawab kepada DUN dan hanya boleh diturunkan sekiranya undi tidak percaya terhadapnya dalam sidang DUN,” kata Hakim itu lagi.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika bagaimana jika BN yang kini pegang majoriti dengan 31 ADUN memohon kepada Sultan Perak agar diadakan sidang khas bagi mengemukakan undi tidak percaya. Beliau berkata, biarlah proses itu berlaku dan sebarang keputusan daripadanya sudah tentu akan diterima baik oleh semua pihak.
Berdasarkan kemungkinan tersebut, ada pemerhati politik yang merasakan BN kini sebenarnya mempunyai kelebihan untuk melaksanakan keputusan mahkamah tersebut. Ini kerana, dengan keputusan mahkamah itu, BN yang kini menguasai majoriti dalam DUN Perak boleh memohon kepada Sultan Perak untuk memanggil sidang khas dewan negeri itu bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan. Sidang khas ini boleh diadakan kerana berdasarkan kepada kenyataan Nizar sendiri selepas keputusan mahkamah itu dimana beliau berkata, semua keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Exconya akan dikaji semula kecuali keputusan mengadakan sidang DUN 7 Mei lalu yang boleh diterima.
Jika begitu bunyinya adakah ini juga bermakna beliau turut mengiktiraf perlantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker yang mengendalikan sidang DUN yang dirasmikan oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah Khamis lalu. Malah hasrat Nizar untuk membubarkan DUN Perak menimbulkan persoalan.Adakah beliau mempunyai sokongan DUN untuk berbuat demikian kerana 31 daripada 59 ADUN Perak berpihak kepada BN.Disebelah pakatan pembangkang 28.
Ada yang berpendapat, jika Nizar masih mahu terus mencadangkan pembubaran DUN, beliau perlu mendapat keputusan DUN terlebih dahulu kerana buat masa ini beliau menjadi Menteri Besar yang hanya mendapat sokongan 28 ADUN berbanding 31 ADUN yang menyokong BN. Semua ADUN BN itu tentunya tidak bersetuju dengan pembubaran DUN.
Disamping itu satu persoalan paling besar sekali apakah Sultan Perak akan bersetuju DUN dibubarkan.Kuasa penentu itu kini terletak ditangan baginda. Yang pasti sebelum ini - yakni semasa peralihan kuasa dari kerajaan Nizar kepada Dr Zambry awal Februari lalu baginda telahpun menolak permohonan Menteri Besar itu untuk membubarkan DUN.
Dalam pada itu,seperti kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak BN akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu. Beliau berpandangan BN mempunyai kes yang kukuh dalam soal ini. Sebenarnya berbagai persoalan lagi masih terus jadi bahan spekulasi dan belum beres sekalipun Nizar kini sah dapat duduk balik kerusi Menteri Besar.
sumber - Agendadaily
Nizar menteri besar sah Perak
Nizar menteri besar sah Perak |
Hafiz Yatim | May 11, 09 3:45pm |
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu. Sumber : malaysiakini |
Apa Erti Disiplin?
Kita perlu tanya diri sendiri, "Apakah tugas utama yang perlu saya kerjakan dengan sempurna sekarang?" Jika kita sentiasa peka dengan soalan berkenaan, kita akan sentiasa memberi perhatian kepada tugas-tugas utama kita. Dengan berbuat demikian nescaya kejayaan dapat dicapai dengan lebih mudah. Justeru, untuk berjaya kita mesti berdisiplin.
Ramai orang memulakan sesuatu tugas dengan baik, namun gagal menghabiskannya. Kerja tersangkut di tengah jalan. Ada sahaja perkara yang mengganggu mereka. Mereka ini sebenarnya kurang berdisiplin.
Jadi berdidiplin bermakna apa sahaja tugas yang kita lakukan, kita laksanakannya sehingga selesai. Kita tidak mudah diselewengkan atau dilencongkan untuk membuat kerja-kerja lain yang tidak berkaitan yang boleh menjejaskan kerja utama kita. Pelajar yang berdisiplin tahu bahawa salah satu tugas utama di sekolah ialah berusaha untuk memperoleh keputusan cemerlang. Dari awal tahun lagi kita harus belajar bersungguh-sungguh sehinggalah ke hujung tahun.
Tanpa disiplin kita mudah diganggu oleh pelbagai aktiviti bukan akademik yang lain, hobi, kawan-kawan dan sebagainya. Jadi berdisiplin bermakna kebolehan memberi tumpuan ke atas sesuatu tugas sehingga selesai dikerjakan dengan sempurna.
KANSER OTAK
a) Pengenalan Penyakit
-Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.
b) Jenis-jenis kanser Otak
-Supra tentoria (bahagian atas otak)
-Infra tentoria (bahagian bawah otak)
kanser pada bahagian atas otak ialah
-Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
-Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
-kanser kelenjar pinea
kanser pada bahagian bawah otak ialah;
-Infra tentorial
-Medulloblastoma (belakang otak)
-Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
-Brain stem glioma (pangkal otak)
-Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.
c)Punca penyakit/faktor risiko
-Genetik atau keturunan
-Radiasi pada otak
-Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? virus ‘papova’semasa hamil.Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan.
d) Tanda-tanda/ Simptom
Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:
-Proses pertumbuhan yang tidak normal-tidak boleh merangkak walaupun berusia enam bulan
-Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala
-Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu
Pada peringkat awal kanak-kanak
-Mengadu sakit kepala berulang-ulang
-Kelihatan letih dan tidak bertenaga
-Prestasi pembelajaran menurun
-Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi
Simptom yang lebih ketara
-Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala
-Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi
-Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan
-Kabur penglihatan
-Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil
-Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami
-Gangguan pada pertuturan
-Sistem pernafasan terganggu
-Lemah anggota badan
-Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak
Peringkat lewat
-Koma
-Boleh pengsan
c)Langkah Pencegahan
-Pengawasan dari ibu bapa dapat membantu pengesanan kanser otak di peringkat awal sekiranya terdapat kanak-kanak sering mengadu sakit kepala
Jangkitan Meningitis
Tak habis lagi cerita pasal wabak Influenza A atau H1N1 yang melanda di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan jangkitan radang selaput otak (Meningitis) yang melanda di negeri Melaka. Jangkitan itu telah menyebabkan kematian seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua.
Walau bagaimanapun korang tak perlulah panik kerana jangkitan Meningitis ini berjaya dibendung buat masa ini. Buat masa ini tiga pelatih yang mendapat rawatan ICU di Hospital Melaka sejak 7 mei yang lalu kini dilaporkan semakin pulih. Malah sembilan daripada 10 orang pelatih yang ditempatkan di wad pengasingan dengan gejala jangkitan saluran pernafasan pula, semakin menunjukkan perkembangan untuk pulih.
“Setakat ini, penyakit Meningitis berjaya dibendung daripada merebak kepada penduduk sekitar akademi berkenaan dan pelatih yang mendapat rawatan pula semakin stabil serta menunjukkan tanda-tanda pulih.”
“Sehubungan itu, orang ramai dan penduduk sekitar akademi tidak perlu panik kerana segala langkah berjaga-jaga dan kawalan rapi ke atas pelatih dipantau pasukan perubatan,” kata Chua Keng Hua, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan Negeri.
Pada 4 Mei yang lalu, seramai 453 pelatih dan kakitangan akedemi berkenaan yang terdedah kepada virus berkenaan telah disaring, dan seramai 85 orang terpaksa dikuarantinkan.
Meningitis ialah radang pada bahagian meniges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau bacteria.
Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
- Demam
- Kurang selesa
- Enggan minum
- Sakit kepala
- Menangis berterusan
- Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi
Tanda-tanda akhir serangan Meningitis:
- Muntah
- Sawan
- Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang
- Lemah
- Ruam seperti lebam-lebam
- Tidak sedar
Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Pemuda & Pergerakan Wanita Kg Pudu
UMNO Cawangan:
Tarikh : 17 Mei 2009
Masa : 3.30 petang
Tempat : Balairaya Kampung Pudu
Pergerakan Pemuda :
Tarikh : 17 Mei 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat : Balairaya Kampung Pudu
Pergerakan Wanita :
Tarikh : 17 Mei 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat : Balairaya Kampung Pudu
Adalah diharap semua ahli UMNO caw Kg Pudu dapat hadir seterusnya menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Umno.
Selamat Bersidang!!
Projek Jambatan menggantikan Tambak Johor.
Keputusan survey rambang selama 3 hari yang dijalankan oleh pihak sekretariat mykmujohor.com dari 21hb hingga 23hb April 2009 ke atas 1000 orang awam di sekitar daerah Johor Bahru berkenaan Projek Jambatan menggantikan Tambak Johor, seramai 970 orang bersetuju projek jambatan tersebut diteruskan manakala 30 orang berkecuali.
Apabila ditanya sebab-sebab projek tersebut perlu diteruskan, mereka memberikan alasan seperti berikut:
i. projek tersebut terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat dan Negara.
ii. sangat perlu untuk mengatasi punca kesesakan di pintu masuk Selatan Tanahair.
iii. maruah bangsa sebagai rakyat di sebuah negara yang berdaulat.
iv. tidak perlu takut dan tunduk kepada Singapura yang ternyata bukan jiran yang baik.
v. boleh mewujudkan aktiviti ekonomi yang baru di sepanjang persisiran pantai Selat Tebrau.
vi. dapat memberi laluan air laut.
vii. satu tarikan baru kepada pelancung.
viii. perancangan Kerajaan untuk menjadikan pintu masuk Selatan Tanahair sebagai pelengkap kepada kemudahan pelabur-pelabur antarabangsa seperti Hub Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai rangkaian Lebuhraya dan sebagainya.
Ini bermakna sejak dari dulu lagi betapa majoriti rakyat negeri Johor mahukan sebuah Jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Rakyat negeri Johor TIDAK PERNAH menyatakan tidak mahu untuk membina sebuah jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
Pembinaan Jambatan samada bengkok atau lurus bentuknya bagi menggantikan Tambak Johor harus disambung semula dengan seberapa segera untuk kepentingan rakyat dan Negara. Inilah kehendak majoriti rakyat yang berdaulat.
Hari penentuan…siapa MB Perak yang sah
Datuk Seri Dr. Zambry Kadir atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ?
Keputusan yang menentukan dari segi perundangan keatas pertikaian di Perak itu dijangka diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim di komplek mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur sekitar jam 2.30 petang.
Nizar bertegas mendakwa beliau masih Menteri Besar setelah Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar baru ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan pembangkang,dua PKR dan seorang DAP keluar parti masing-masing dan menjadi calon bebas serta menyokong Barisan Nasional.
Peguamnya Sulaiman Abdullah mendakwa Sultan Perak tidak ada kuasa pecat Nizar sedangkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail menjelaskan itu tidak berlaku sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Ini kerana kini BN menguasai Dewan Undangan Negeri dengan 28 wakil rakyatnya dan tiga Bebas yang menyokongnya berbanding 28 di pihak pembangkang.-11/5/2009
sumber: agendadaily
Mesyuarat Penubuhan Belia & Beliawanis
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyertai dan menjayakan mesyuarat penubuhan Belia & Beliawanis Kg Pudu yang telah diadakan mlm td 9 Mei 2009 pada jam 9.00 mlm.. Terima kasih tak terhungga juga kepada wakil dari Kementerian Belia Dan Sukan sudi hadir (Pn Norhayati & En Mohd Samsudin) untuk memberikan sedikit sebanyak pengetahuan dan panduan.
Tips elak jadi mangsa ragut
• Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.
• Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.
• Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.• Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.
• Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.
• Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.
• Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.
• Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.
• Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
• Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.
-Berita Harian-
8 Nilai 1Malaysia – Bahagian 8: Integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Bercakap benar kepada mereka. Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul. Jika polisi tersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka, begini…kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu memperbetulkan kesilapan ini. Saya rasa rakyat akan menghargai tindakan tersebut. Walaupun anda berada di dalam kerajaan, anda hanyalah manusia dan manusia melakukan kesilapan. Kuncinya ialah bukannya anda akan melakukan kesilapan, tetapi bagaimana anda bangkit daripada kesilapan tersebut. Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.
Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Percaya bahawa rakyat adalah bijak, akan menghargai kejujuran, kebenaran dan bertemu dan berkomunikasilah dengan rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika anda berjanjikan sesuatu, anda mesti berpegang pada janji dan menunaikannya.
-DS Najib-
8 Nilai 1Malaysia - Bahagian 7: Pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.
-DS Najib-
8 Nilai-nilai 1Malaysia - Bahagian 6: Meritokrasi
Pada dasarnya semua orang tahu makna perkataan ini dan prinsip meritrokrasi, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritrokrasi bukan saja satu prinsip yang mulia, tetapi satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Sejak awal lagi saya telah membincangkan tentang budaya kecemerlangan dan satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritrokrasi. Jika anda memberikan penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada orang yang terbaik untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Mereka perlu memberikan yang terbaik. Pada saya setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk kita memaksimakan potensi Malaysia.
Tentang langkah kerajaan ke arah meningkatkan meritrokrasi
Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritrokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan, contohnya. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut. Tetapi kenyataannya, memandang kebelakang adalah lebih baik untuk kita mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang kita hendak swastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Jelaslah terdapat contoh-contoh khusus tentang bagaimana meritrokrasi boleh digunakan.
-DS Najib-
8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 5: Kesetiaan
Pada saya kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain. Tetapi saya juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Pada saya di dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, pentadbiran kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Saya sudah tentu akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina contohnya, malah kritikan yang pada saya adalah diperlukan. Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga.
Ya, pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi, yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah. Pada saya ia adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau sama ada di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.
-DS Najib-
8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 4: Penerimaan
Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi
Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.
Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.
Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan
Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum.Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had. Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.
-DS Najib-
8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 3: Rendah Hati
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam konteks – contohnya katakanlah jika anda seorang ahli politik. Begitu juga jika anda seorang ahli parlimen. Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Saya sangat menyedari akan keadaan bahawa apabila saya melakukan tugas saya sebagai ahli parlimen, saya sangat selesa dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh, jika saya berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasan saya, saya memastikan tingkah laku saya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina mereka. Maka itu pada saya ia adalah satu aset. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalah ertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar contohnya, adakalanya anda perlu menunjukkan kekuatan anda. Anda perlu memperlihatkan keyakinan kerana apabila anda dilihat sebagai rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Maka itu saya merasakan ia juga adalah mengikut keadaan, anda mesti sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila anda berurusan dengan dunia luar anda perlu memperlihatkan kekuatan dan kejayaan anda, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.
-DS Najib-
Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 2: Ketabahan
Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi. Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.
Tentang ketabahan mengharungi perubahan peribadi
Disepanjang kehidupan saya, saya sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana saya tidak mahu orang lain memandang kepada saya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ". Benar, saya memiliki kelebihan tersebut, namun pada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana anda perlu sentiasa membuktikan bahawa anda wajar mendapat semua itu. Malah saya sentiasa menyedari bahawa saya perlu menunjukkan saya mampu melakukannya, dan melakukannya dengan baik. Dan dalam hal kekecewaan peribadi, rasa saya yang paling memilukan dalam ingatan adalah kekecewaan politik yang saya alami di kawasan saya sendiri pada 1999, apabila saya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.
Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi saya akan menjadi sejarah, dan lebih daripada itu sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya saya bertukar kawasan. Tetapi saya kekal berpendirian teguh dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun saya akan terus berjuang. Jika saya perlu jatuh rebah, saya akan rebah dalam perjuangan. Dan saya menyatakan pada diri sendiri saya boleh membuktikan bahawa para pewaham adalah silap dan nah, lihatlah, dalam jangka masa 4 tahun, majoriti yang kecil, majoriti tipis 241 telah dijelmakan kepada majoriti besar berjumlah 22,922 dan sebagaimana yang anda ketahui, pada Pilihan Raya Umum yang lepas saya mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila saya berjaya meraih 26,464. Itulah saiz majoriti yang saya perolehi. Tetapi saya tidak fikir mampu mendapat majoriti sebegitu besar jika tidak kerana kekecewaan pada 1999. Apabila mengalami kekecewaan tersebut, saya menyedari perlunya melakukan lebih lagi. Saya perlu menjadi lebih kreatif serta perlu membawa pendekatan yang berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.
-DS Najib-
Nilai-nilai 1 Malaysia – Bahagian 1: Budaya Kecemerlangan
Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.
Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaaya Kecemerlangan.
Berkenaan aspek-aspek Budaya Kecemerlangan
Saya rasakan kita perlu mengenalpasti subset-subset yang berkaitan dengan Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, bagi dikenali sebagai sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan. Ianya satu subset Budaya Kecemerlangan. Dalam erti kata lain, anda mementingkan ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.
Saya harap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Dalam erti kata lain, jika anda mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna anda mempunyai matlamat-matlamat khusus, dan prestasi anda boleh diukur. Anda boleh mengawas, anda boleh memantau, anda boleh mengambil tindakan pembetulan. Anda boleh juga membuat sebarang perubahan jika perlu. Tetapi ianya penting untuk kita merasakan bahawa kita sedang mengalami kemajuan, bahawa kita semakin maju.
Maksud saya, pengertian waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa dalam apa jua yang anda lakukan. Saya rasa ianya satu perkara yang boleh difahami semua orang dan dilihat dalam gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh ketengahkan, mengingkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Dan dari segi cara untuk membatinkan perubahan ini, contohnya, pernyataan seperti ‘lebih kurang’ – ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon perkataan-perkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.
Tentang mempelajari Budaya Kecemerlangan
Arwah ayahanda saya seorang ahli motivasi, biarpun saya tidak menyedari hakikat itu pada awalnya. Tetapi secara halus, beliau menerapkan dalam jiwa kami satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah mendirikan satu skim ganjaran, sejumlah wang yang kecil. Jumlahnya tidak lumayan, hanya sedikit wang yang akan dihadiahkan jika kami berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Ianya bukan tentang ganjaran wang, tetapi jelas kegembiraan yang beliau rasai bila anda menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan di riak wajahnya jika anda tidak berjaya. Itulah titik tolak dalam hidup saya untuk menyedari betapa pentingnya untuk berjaya dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.
-DS Najib-
Politeknik, kolej komuniti wajib adakan pilihan raya kampus
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia bagi mendedahkan kira-kira 86,000 pelajar politeknik di seluruh negara terhadap bidang politik dan demokrasi menerusi pilihan raya.
Menurutnya, pada masa ini, hanya 13 politeknik menganjurkan pilihan raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang kebiasaannya diadakan pada Julai dan Ogos setiap tahun.
Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan sesuai terhadap mana-mana politeknik atau kolej komuniti yang gagal mematuhi arahan tersebut.
Selsema Babi & Hukum Allah
1. Heboh satu dunia apabila “babi selsema”. Banyak lapangan terbang antarabangsa di dunia yang mengambil langkah berjaga-jaga yang sangat ketat hari ini. Bagi kita manusia, selsema ialah perkara biasa dan bukanlah satu penyakit yang serius. Tetapi berbeza dengan babi. Apabila makhluk ini selsema, huru hara jadinya dunia ini. Mungkin kawan-kawan babi akan bertanya kepada babi, “engkau sakit apa?” dan babi akan jawab, “selsema babi”. Kawan babi akan tanya lagi, “sakit apa?”. “Selsema babi” jawab babi. “Sakit apa?” tanya kawan babi lagi buat-buat bodoh. Lalu babi pun “tension” dengan kawan dia, terus jawab dengan meninggi suara “SELSEMA LAH… BABI” Padan muka kawan babi tersebut (terima kasih kepada Petronas kerana iklan “burung murai”nya itu menjadi ikutan).
2. Babi dikenali sebagai najis mughallazoh (berat) yang jijik di kalangan masyarakat melayu khususnya sehinggakan jikalau mereka melintasi di hadapan kedai makan cina yang sedang menggoreng bawang atau ayam pun, mereka akan menahan nafas atau menutup hidung kerana menyangka ia adalah bau babi. Wara’nya orang melayu semakin terserlah apabila mereka melihat air yang membasahi hadapan restoran masakan cina, mereka akan mengelak sejauh mungkin kerana tidak rela terpijak air babi kononnya.
3. Sebenarnya para ulama Islam tidak sepakat tentang wajibnya membasuh tujuh kali (salah satunya air tanah) jika tersentuh babi. Tetapi saya tidak berhasrat membincangkan isu tersebut di sini. Jelasnya, Al-Quran telah mengharamkan daging babi berdasarkan Surah Al-An’aam, ayat 145:-
قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَا أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
4. Para ulama berbeza pandangan tentang sebab pengharaman babi. Sebahagian mereka menyatakan bahawa ianya diharamkan kerana kemudaratan yang ada padanya lebih banyak daripada kemanfaatan. Ini bermaksud bahawa kita tidak menolak kebaikan yang ada pada babi tetapi dek sebab mudaratnya lebih banyak, maka ia diharamkan.
5. Sebahagian fuqaha pula menyatakan bahawa pengharaman babi adalah termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah, iaitu suatu perkara yang wajib bagi orang Islam mematuhinya tanpa boleh dipertikaikan atau diperdebatkan. Contoh yang hampir sama ialah bilangan raka’at yang ada pada solat, seperti solat maghrib tiga raka’at, kenapa tiga rakaat ? Kenapa tidak empat atau dua raka’at? Oleh kerana ia adalah perkara ta’abbudiyyah, maka kita menerimanya tanpa banyak soal.
6. Namun, jika kita memperhatikan secara teliti pada ayat tersebut jelas tertera perkataan “kerana sesungguhnya ia adalah kotor”.
7. Tuan Haji Ibrahim Ma telah menyebut dalam buku beliau “What is Islam” terbitan Perkim, tentang seorang tabib cina pada zaman Dinasti Tang yang bernama Sun See Mao yang menulis sebuah buku bertajuk Sheh Shen Lu, di mana tabib itu berkata antara lain, “daging babi merangsang penyakit lama, penyebab kemandulan, sakit tulang dan asma”.
8. Ibrahim Ma juga memetik kandungan jurnal kesihatan cina yang berkaitan petua panjang umur iaitu “Yan Show Tan” yang menyatakan bahawa semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi, maka janganlah makan daging babi!
9. Pada 20 Oktober 1998, The Detroit News juga melaporkan penemuan oleh saintis berkaitan pertalian jangkitan antara virus burung dan babi, yang antara lain, menyimpulkan bahawa babi adalah tempat di mana kuman diubah kepada bentuk yang lebih berbahaya (sebagai mixing vessel).
10. Berbalik kepada isu fiqh, dalam soal membasuh benda-benda yang terkena babi. Para ulama Shafi’iyyah berpendapat bahawa salah satunya mestilah dengan air tanah dan tidak boleh diganti dengan sabun atau bahan lain. Hujah mereka adalah sama, kerana ia termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah.
11. Berbeza dengan ulama Hanabilah. Mereka berpendapat bahawa air tanah itu tidak termasuk dalam perkara ta’abbudiyyah sebaliknya ia adalah cara membasuh yang ada tersedia pada zaman wahyu diturunkan (zaman Nabi SAW). Ia boleh berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Disebabkan hujah ini, mereka berpendapat bahawa air tanah boleh diganti dengan bahan pencuci lain seperti sabun, bahan peluntur atau bahan kimia lain yang mempunyai daya pembersihan yang sangat berkesan. Isu ini diulas secara ringkas tetapi padat oleh Sheikh Wahbah Az-Zuhaili dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu.
12. Walaupun babi adalah sejenis binatang yang hina di mata kita, janganlah pula kita menzaliminya. Memukul babi tanpa sebab, melontarnya dengan batu tanpa alasan baik, sebenarnya tidak memberikan pahala kepada kita. Malah dikhuatiri mendatangkan dosa pula.
13. Lupakah kita kepada kisah wanita penzina / pelacur yang menyelamatkan anjing? Abu Hurairah ra., meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya,
Wanita pelacur itu diampuni Allah SWT kerana menolong anjing!
14. Begitu juga yang berlaku kepada seorang lelaki yang juga memberi minum kepada anjing sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari, maka Allah telah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya! Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau kami mengasihi binatang apakah kami memperolehi pahala? Baginda menjawab “Setiap hati yang pengasih mendapat pahala”
15. Kita juga perlu diperingatkan dengan hadith Ibnu Umar r.a. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) bahawa Nabi SAW telah bersabda dengan maksudnya; “Seorang wanita telah diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya hingga mati kelaparan. Dia dimasukkan ke neraka kerananya. Kemudian Rasulullah bersabda; Allah lebih mengetahui bahawa engkau (wanita itu) tidak memberi makan dan minum ketika engkau mengurungnya dan engkau tidak melepaskannya supaya ia dapat makan apa yang melata di bumi.
16. Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan binalah untuk kami sebuah rumah dalam syurgaMu!
Mesyuarat Penaja Belia
Antara maruah atau melayan cacamerba
sumber : agendadaily