Daripada segenap sudut logik akal tiada ada sebab apapun Barisan Nasional perlu melayan karenah PKR yang boleh dikira ‘ suka suka’ buka gelanggang pilihanraya kecil di Penanti. Ini kerana pilihanraya kecil yang ditetapkan pada 31 Mei nanti semata-mata diadakan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga PKR yang dikatakan nak tendang bekas ADUN Fairus Khairuddin. Namun hingga ke saat akhir menjelang Biro Politik UMNO bermesyuarat hari ini untuk memutuskan ‘ ya atau tidak’ bertanding di Penanti perkiraan sesetengah pimpinan UMNO dikatakan berkisar pada soal maruah parti. Keputusan yang bakal dibuat hari ini dikira adalah satu langkah besar yakni persimpangan sama ada BN akan terus layan dan layan ‘ jerat’ pembangkang untuk berentap dalam pilihanraya kecil ciptaannya atau sebaliknya. Selepas Penanti di mana rasminya Fairus letak jawatan ‘ kerana nak lanjutkan pelajaran’ BN berkemungkinan besar lepas ini akan berdepan dengan karenah ADUN DAP Kota Alam Shah M Manoharan di Selangor pula yang sedang timbang nak letak jawatan kerana ‘ kecewa tak dapat berkhidmat’. Ada pemerhati politik yang melihat tindakannya itu tidak lebih dari cuba highlight soal penahanan ISA kerana kegiatan HINDRAF untuk membakar lagi kemarahan para penyokongnya terhadap kerajaan.
sumber : agendadaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment