Berita paling besar yang ditunggu oleh semua orang hari ini Isnin 11 Mei ialah keputusan Mahkamah Tinggi siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Datuk Seri Dr. Zambry Kadir atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ?
Keputusan yang menentukan dari segi perundangan keatas pertikaian di Perak itu dijangka diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim di komplek mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur sekitar jam 2.30 petang.
Nizar bertegas mendakwa beliau masih Menteri Besar setelah Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar baru ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan pembangkang,dua PKR dan seorang DAP keluar parti masing-masing dan menjadi calon bebas serta menyokong Barisan Nasional.
Peguamnya Sulaiman Abdullah mendakwa Sultan Perak tidak ada kuasa pecat Nizar sedangkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail menjelaskan itu tidak berlaku sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Ini kerana kini BN menguasai Dewan Undangan Negeri dengan 28 wakil rakyatnya dan tiga Bebas yang menyokongnya berbanding 28 di pihak pembangkang.-11/5/2009
sumber: agendadaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
problem is BN didn't follow law by voting no confidence in Dewan. It should involve all DUN and do it in Dewan instead of back door.
ReplyDeletesaudara Anonymous,
ReplyDeletepenyingkiran Nizar dilakukan oleh Sultan Perak mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ekoran Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ekoran tiga orang ADUN iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Radzi, ADUN Bukit Gantang Kapten (B) Osman Jailu, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang, Yee Hit Foong (DAP) keluar daripada parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada BN untuk membentuk kerajaan yang baru.